Virgil van Dijk merasakan Liverpool berjaya mengelak daripada kekalahan dalam kemenangan 2-1 Liga Perdana Inggeris ke atas Leicester City di Anfield.
Kiernan Dewsbury-Hall mengambil kesempatan daripada corak bertahan lemah The Reds untuk memberikan The Foxes pendahuluan awal, tetapi Wout Faes menghadiahkan The Reds kemenangan keempat berturut-turut awal pagi tadi.
Bek tengah Leicester itu menjaringkan dua gol sendiri pada separuh masa pertama untuk memberikan kemenangan kepada pasukan kendalian Jurgen Klopp yang meletakkan mereka hanya dua mata di belakang Tottenham di tangga keempat dalam perebutan kelayakan Liga Juara-Juara.
Liverpool tidak berada pada tahap terbaik mereka, dengan Darwin Nunez dan Mohamed Salah membazir deretan peluang di depan gawang.
Source: stadiumastro.com